Milo di Malaysia Milo_(minuman)

Pengguna Milo di Malaysia ialah pengguna Milo tertinggi di dunia dengan jumlah 90 peratus. Kilang Milo terbesar di dunia ada di Malaysia. Sehingga ketika ini, Milo terkenal dengan cogan kata : "Minum MILO Anda Jadi Sihat dan Kuat!". Cogan kata ini membuat Milo menjadi jenama umum untuk minuman kerana menyihatkan dan memberikan kuasa penuh untuk sesiapa yang menggunakannya.

1950

Milo kali pertama dilancarkan ke pasaran Malaysia.

1998

Sempena Sukan Komanwel 1998, Milo menambah cogan katanya menjadi "Malaysia Boleh!".

1999

Pelancaran Milo dengan tambahan Vitamin B.

2000

Sempena sambutan majlis Jubli Emas Milo Malaysia, Milo menyokong kontinjen Malaysia untuk berlumba di Sukan Olimpik Sydney 2000.

2002


Milo melancarkan logo baharu. Milo keluaran 2002 berbeza dengan keluaran sebelum itu. Milo keluaran 2002 mengandungi Actigen-E, 8 vitamin dan 4 galian.

2006

Milo keluaran 2006 sehingga ketika ini sama dengan keluaran 2002, hanya sahaja perkara yang membezakan antara keluaran 2006 dengan 2002 ialah : Milo keluaran 2006 mengandungi ProtoMalt daripada Malt Barli.

Ketika ini

Tak ada acara yang tak ditaja oleh Milo. Pelbagai macam acara sukan iaitu badminton, bola sepak, dan bola keranjang pun sentiasa menerima tajaan Milo. Pelbagai macam tingkatan sukan iaitu Sukan SEA dan Sukan Komanwel juga sentiasa menerima tajaan Milo. Mengikut dengan kempen dan cogan kata Milo iaitu "Minum MILO Anda Bersemangat Juara!"